Friday, June 22, 2007

All About Eyeshadow I

Kelopak mata yang mempunyai kemasan yang cantik, kemas serta berseni tidak bergantung semata-mata kepada penggunaan jari untuk mengaplikasikan pembayang mata. Terdapat beberapa berus [eyeshadow brushs] pembayang mata yang dikhaskan untuk tujuan menghasilkan solekan dimata.

1) Eyeshadow Brush





Digunakan untuk memberikan sapuan yang paling ideal pada kelopak mata anda.

2) Eye Contour Brush

Berus ini direka khas untuk kawasan kelopak mata yang berlipat untuk memudahkan pemakaian pembayang mata.

3) Smudger Brush

Direka khas dengan hujungnya yang berspan untuk tujuan meratakan pembayang mata dikelopak mata anda.

4) Eye Cream Brush

Berus ini khas untuk anda yang ingin menggunakan pembayang mata dari jenis krim.

5) Eye Shader Brush

Berus ini digunakan untuk penggunaan pembayang mata dari garis bulu mata anda sehinggalah ke tulang kening. Direka khas untuk kawasan liputan pembayang mata yang besar.

6) Eyeshadow Blender Brush

Direka khas untuk meratakan sapuan pembayang mata terutapa dikawasan lipatan kelopak mata anda.


Wednesday, June 20, 2007

How Do I Choose The Right Eyeshadow

Mata merupakan kawasan yang anda boleh menjadi sekreatif yang mungkin. Anda boleh bermain dengan bermacam jenis tekstur pembayang mata [eyeshadow] juga dengan berbagai jenis warna.

Pembayang mata yang paling popular digunakan ialah daripada jenis pembayang mata jenis kompak [powder eyeshadow]. Ini kerana sifatnya yang mudah diratakan ke atas kelopak mata. Ringan serta mudah untuk diaplikasikan.

Walau bagaimanapun, variasi pembayang mata terdiri daripada beberapa jenis:

1) Pembayang mata jenis serbuk [Loose powder eyeshadow]
2) Pembayang mata kompak [Powder eyeshadow]
3) Pembayang mata jenis krim [Creamy eyeshadow]

4) Pembayang mata jenis cecair [Liquid eyeshadow]
5) Pembayang mata Stick [Sticks eyeshadow]
6) Pembayang mata pensil [Pencil eyeshadow]

1) Pembayang mata serbuk [Loose Powder Eyeshadow]


2) Pembayang mata kompak [Powder eyeshadow]



3) Pembayang mata krim [Creamy eyeshadow]



4) Pembayang mata cecair [Liquid eyeshadow]



5) Pembayang mata stick [Stick eyeshado]



6) Pembayang mata Pensil [Pencil eyeshadow]





Monday, June 18, 2007

Recommended Eyebrow Pencil/Compact

Pensil kening yang baik haruslah mempunyai sifat yang lembut dan mudah untuk dilukis ke atas kening anda. Pensil kening yang keras, memberikan anda sentuhan yang tidak kemas serta nampak kasar.

Eyebrow Pencils:

1) Estee Lauder Automatic Brow Pencil Duo

Alat membentuk kening yang paling berkesan. Memberikan anda dua fungsi dalam hanya satu batang pensil kening. Lukiskan kening anda dengan pensil yang disediakan. Gunakan berus yang untuk meratakan warna serta mengemaskan kening anda. Mudah bukan?



2) Revlon Brow Pencil & Gel


Memberikan sentuhan pada kening anda dengan cepat dan kemas, serta kekal lebih lama. Pensilnya yang lembut memudahkan anda melukis kening anda. Sementara gel yang berada dihujung, memberikan anda sentuhan yang kemas serta membentuk kening supaya nampak lebih semulajadi.

3) AVON Glimmersticks Brow Definer

Membentuk kening dengan rata. Tekstur warna yang halus serta memberkan kemasan yang tahan lama.

Eyebrow Compact:

1) Estee Lauder


Gunakan berus yang besar untuk membentuk kening anda dikawasan yang tebal [dari arah batang hidung]. Sementara bahagian kening anda yang kecil [ekor kening] haruslah dibentuk dengan berus yang kecil.

2) Shiseido Eyebrow Compact

Memberikan kesan warna yang sangat lembut serta tahan lama. Amat sesuai untuk kulit sensitif dikawasan mata.

3) Maybelline Ultra-Brow Brush-on Color

Teksturnya yang amat halus dapat membentuk kening anda dengan lembut dan semulajadi.

Wednesday, June 13, 2007

All about Eyebrows II

Kening yang terbentuk dengan cantik serta kemas dapat diperolehi dengan bantuan penggunaan beberapa alat khas. Ia bagi memastikan kening yang anda inginkan cantik kemas serta mengambilkira juga keselamatan anda.

Alatan untuk membentuk kening:

1) Brow set



Gunting kecil untuk menggunting bulu kening supaya lebih kemas. Berus kecil untuk mengemaskan bulu kening.

2) Lash-Brow Groomer
Digunakan untuk menyikat/mengemaskan bulu kening [serta boleh juga digunakan untuk bulu mata] supaya tidak berserabut.

3) Square-tip-perfectweezer


4) Point-tip-ultimate-tweezer

Kedua-duanya digunakan untuk tujuan mencabut bulu kening yang tidak diingini. Ia bagi memberikan bentuk kening yang anda inginkan. Membentuk bulu kening dengan kaedah mencabutnya juga boleh melambatkan pertumbuhan bulu kening yang baru.

Alatan untuk kening terlukis cantik diwajah anda:

1) Eyebrow Brush

Digunakan khas untuk mengalitkan eyebrow compact ke keninga anda. Ia bertujuan supaya eyebrow compact dapat diaplikasi kan dengan tepat dan tidak mencomotkan kawasan mata anda.

2) Eyebrow Gel


Gel ini direka khas untuk memegang bulu kening anda supaya tidak menjadi serabut. Selepas kening anda dilukis dengan kemas, alitkan dengan gel khas kening untuk memastikan ia kekal ditempatnya.

3) Double-ended Eyebrow Brush

Berus kecil mempunyai dua hujung berus ini amat sesuai untuk kegunaan anda sekiranya memakai Eyebrow Compact. Ia boleh memberikan kelebihan kepada anda dengan dua cara penggunaan.

All about Eyebrows 1

Kening yang cantik tidak sahaja bergantung kepada pemilihan pensil kening yang baik serta berkualiti. Tetapi anda juga harus memberikan sentuhan khas kepada kening anda untuk membentuknya dengan lebih kemas. Anda boleh menggunakan kaedah mencabut atau mencukur bulu kening yang anda tidak mahukan.

Bentuk kening mestilah sesuai dengan bentuk muka anda. Ia bertujuan supaya anda tidak akan nampak ganjil dengan kening baru anda nanti. Sebagai contoh: sekiranya wajah anda berbentuk lonjong [panjang] dan kurus, bentuk kening anda haruslah kecil [halus]. Sekiranya kening anda terbentuk tebal, wajah anda akan kelihatan garang.

Begitu juga sebaliknya jika anda mempunyai bentuk muka yang bulat. Bentuk kening anda haruslah tebal [lebar] untuk menampakkan kesan lembut diwajah anda.

Jenis-jenis Bentuk Kening:

1) Marilyn


2) Marlene

3) Elizabeth
4) Brooke


6) Carla

7) Audry

8) Divine

All about Eyebrows

Pemilihan Pensil Kening [eyebrows pencil] selalunya amat bergantung kepada warna rambut anda. Contohnya, sekiranya anda mempunyai rambut berwarna hitam, eyebrow pencil anda haruslah berwarna lebih terang iaitu sama ada Brown atau pun Dark Brown. Ia bertujuan supaya wajah anda tidak terlalu nampak kusam.

Anda boleh memilih sama ada menggunakan pensil ataupun compact powder [khas untuk kening] untuk menghasilkan kening yang cantik dan terletak kemas diwajah anda.

Eyebrow Pencil:


Eyebrow pencil diatas pada asasnya memberikan anda alitan yang bagus tetapi tidak mempunyai berus khas untuk menolong anda meratakan kening. Anda perlu mendapatkan berus khas untuk membantu anda mendapatkan kening yang cantik dan terlukis kemas serta semulajadi.

Eyebrow Pencil jenis ini memudahkan anda kerana dihujungnya mempunyai berus kening yang bertujuan untuk meratakan alitan pensil dikening anda agar lebih kemas dan semulajadi.

Eyebrow Compact:

Eyebrow compact memberikan anda hasil solekan yang lebih ringan dan semulajadi. Ia juga senang untuk diaplikasikan keatas kening anda dengan menggunakan berus khas yang disertakan didalam kompaknya.


Recommended Powder

Powder yang baik bersifat ringan serta tekstur yang halus. Ia bagi membantu anda mendapatkan solekan serta kemasan yang rata serta semulajadi.

Loose Powder:


1) Shu Umura Face Powder Matte

Memberikan anda kesan lembut dan kulit wajah anda kelihatan tidak berminyak/bersinar. Ia amat sesuai untuk digunakan sekiranya anda terlibat dengan sesi penggambaran. Didatangkan bersama dengan Powder Puff yang amat praktikal untuk kegunaan anda mahupun untuk touch-up.

2) The Body Shop Loose Face Powder


Dapat memberikan anda kesan pemakaian yang boleh bertahan lama. Teksturnya yang halus amat sesuai dipakai diatas bedak asas untuk menolong mengurangkan kesan kulit muka berminyak/bersinar. Ia memberikan kulit wajah anda halus, licin dan memberikan kemasan Matte.

Produk ini mengandungi Marula Oil yang membantu kulit wajah anda kelihatan sihat. Vitamin E-nya melindungi kulit anda supaya lebih lembut, halus dan sihat.

Pressed/Compact Powder




Tuesday, June 12, 2007

Powder I

Anda memerlukan bantuan/alatan khas dalam mengaplikasikan Powder dengan lebih kemas dan rata.

Alatan untuk Powder:

1) Face Brush


Berus muka yang mempunyai pemegang panjang seperti ini akan memudahkan anda untuk memegangnya.




Fungsi yang sama seperti Face Brush yang mempunyai pemegang. Bezanya Face Brush jenis ini mempunyai pemegang yang pendek, membantu anda dalam penjimatan ruang ditempat penyimpanan tool make-up.

2) Powder Puff



Powder Puff selalunya banyak digunakan dalam pemakaian Pressed dan Compact Powder. Ini kerana ia lebih praktikal dalam pengambilan jumlah powder [Pressed/Compact] yang anda inginkan. Ia juga memudahkan anda untuk membawanya kemana sahaja kerana ia selalunya disertakan bersama Pressed/Compact Powder tersebut.

Walau bagaimanapun, anda juga masih boleh menggunakan Face Brush dalam pemakaian Pressed/Compact Powder.