Monday, June 11, 2007

Foundation II

Penggunaan Foundation seharusnya adalah selepas anda membersihkan wajah. Jangan lupa letakkan day cream berserta dengan SPF yang sesuai untuk memudahkan anda mengaplikasikan foundation dengan mudah ke atas kulit anda.

Sekiranya anda menggunakan bedak asas dari jenis ceciar [liquid] mousse dan tinted, letakkan pada lima kawasan diwajah anda:

I) Kedua belah pipi
II) Dahi
III) Dagu dan juga
IV) Hidung.

Dengan menggunakan jari, span ataupun berus, ratakan bedak asas diwajah anda dengan berhati-hati menuju ke garisan rambut anda. Kawasan leher juga seharusnya diberi perhatian. Ini kerana untuk mengelakkan anda kelihatan seperti memakai topeng jika kawasan leher tidak disapukan dengan bedak asas.

Jenis Kulit dan Foundation yang sesuai:

1) Kulit Kering
Gunakan bedak asas jenis Cream/Mousse untuk memberikan litupan yang sekata serta dapat melembabkan kulit yang kering dan mengelupas.

2) Kulit Kombinasi
Tekstur bedak asas jenis cecair yang samar dan sederhana adalah pilihan yang paling baik. Ia boleh menutupi kesan jerawat serta cela kerana bedak asas jenis ini tidak berbumpal disekelilingnya.

3) Kulit Berminyak
Gunakan bedak asas yang berupa bebas minyak [oil free foundation] atau water base.

4) Kulit Bermasalah
Bedak asas jenis stik padat bertindak pantas dalam menyamaratakan tekstur kulit.

5) Kulit Bersih
Bedak asas jenis Tinted amat sesuai untuk kulis jenis ini. Ini kerana bedak asas Tinted sesuai untuk solekan yang tipis dan menampakkan hasil solekan lebih natural.

No comments: