Wednesday, June 13, 2007

All about Eyebrows

Pemilihan Pensil Kening [eyebrows pencil] selalunya amat bergantung kepada warna rambut anda. Contohnya, sekiranya anda mempunyai rambut berwarna hitam, eyebrow pencil anda haruslah berwarna lebih terang iaitu sama ada Brown atau pun Dark Brown. Ia bertujuan supaya wajah anda tidak terlalu nampak kusam.

Anda boleh memilih sama ada menggunakan pensil ataupun compact powder [khas untuk kening] untuk menghasilkan kening yang cantik dan terletak kemas diwajah anda.

Eyebrow Pencil:


Eyebrow pencil diatas pada asasnya memberikan anda alitan yang bagus tetapi tidak mempunyai berus khas untuk menolong anda meratakan kening. Anda perlu mendapatkan berus khas untuk membantu anda mendapatkan kening yang cantik dan terlukis kemas serta semulajadi.

Eyebrow Pencil jenis ini memudahkan anda kerana dihujungnya mempunyai berus kening yang bertujuan untuk meratakan alitan pensil dikening anda agar lebih kemas dan semulajadi.

Eyebrow Compact:

Eyebrow compact memberikan anda hasil solekan yang lebih ringan dan semulajadi. Ia juga senang untuk diaplikasikan keatas kening anda dengan menggunakan berus khas yang disertakan didalam kompaknya.


No comments: