Wednesday, June 13, 2007

All about Eyebrows II

Kening yang terbentuk dengan cantik serta kemas dapat diperolehi dengan bantuan penggunaan beberapa alat khas. Ia bagi memastikan kening yang anda inginkan cantik kemas serta mengambilkira juga keselamatan anda.

Alatan untuk membentuk kening:

1) Brow set



Gunting kecil untuk menggunting bulu kening supaya lebih kemas. Berus kecil untuk mengemaskan bulu kening.

2) Lash-Brow Groomer
Digunakan untuk menyikat/mengemaskan bulu kening [serta boleh juga digunakan untuk bulu mata] supaya tidak berserabut.

3) Square-tip-perfectweezer


4) Point-tip-ultimate-tweezer

Kedua-duanya digunakan untuk tujuan mencabut bulu kening yang tidak diingini. Ia bagi memberikan bentuk kening yang anda inginkan. Membentuk bulu kening dengan kaedah mencabutnya juga boleh melambatkan pertumbuhan bulu kening yang baru.

Alatan untuk kening terlukis cantik diwajah anda:

1) Eyebrow Brush

Digunakan khas untuk mengalitkan eyebrow compact ke keninga anda. Ia bertujuan supaya eyebrow compact dapat diaplikasi kan dengan tepat dan tidak mencomotkan kawasan mata anda.

2) Eyebrow Gel


Gel ini direka khas untuk memegang bulu kening anda supaya tidak menjadi serabut. Selepas kening anda dilukis dengan kemas, alitkan dengan gel khas kening untuk memastikan ia kekal ditempatnya.

3) Double-ended Eyebrow Brush

Berus kecil mempunyai dua hujung berus ini amat sesuai untuk kegunaan anda sekiranya memakai Eyebrow Compact. Ia boleh memberikan kelebihan kepada anda dengan dua cara penggunaan.

No comments: