Monday, June 11, 2007

How Do I Choose The Right Foundation

Bagaimana untuk mendapatkan asas make-up paling sesuai dengan warna kulit wajah anda? Sekiranya anda mempunyai masa untuk membuat pilihan dengan tepat, sebaik-baiknya bawa sample Foundation balik ke rumah anda. Letakkan di wajah anda [pastikan kulit muka anda bebas dari sebarang solekan] untuk mendapatkan warna yang paling hampir atau warna yang sama dengan warna kulit anda. Sebaiknya, lihatlah wajah anda itu ditempat yang terang dengan pencahayaan yang semulajadi.

Tempat lain yang anda boleh percayai untuk mencuba Foundation ialah dikawasan leher anda. Ini kerana kulit dibahagian muka dan leher mempunyai tone yang [hampir] sama berbanding dengan bahagian lain ditubuh anda.

Jangan sesekali mencuba Foundation di belakang tapak tangan anda. Mahu pun dibahagian lengan tangan anda.

Jenis-jenis Foundation.

1) Liquid Foundation
2) Two-way Cake Foundation
3) Mousse Foundation
4) Sticks Foundation
5) Tinted Foundation
6) Mist Foundation


1) Liquid Foundation


Merupakan Foundation/bedak asas yang paling mudah untuk digunakan. Bedak asas dari jenis ini paling popular digunakan. Ini kerana sifatnya yang mudah untuk diratakan diatas permukaan kulit. Ia juga memberikan kesan solekan yang asli. Bentuk cecair ini dapat menutupi pigmen yang tidak sekata tetapi masih boleh menampakkan kesan jeragat dimuka anda. Anda boleh memilih jari, berus atau span untuk menggunakannya.

Cara penggunaannya:
Goncang botol terlebih dahulu. Gunakan hujung jari anda titikkan foundation pada bahagian dahi, dagu, pipi dan hidung serta leher anda. Ratakan dengan hati-hati dalam gerakan keluar secara lembut.

2) Two-way Cake Foundation/Compact

Asas make-up dari jenis ini amat sesuai untuk jenis kulit berminyak dan juga normal. Ia mampu memberikan sapuan asas yang ringan pada kulit sekiranya anda menggunakan span kering untuk mengaplikasikannya. Dan agak kelihatan tebal serta berat sekiranya anda menggunakan span basah.

Bedak asas jenis ini dapat mengurangkan kilat diwajah yang berminyak dan juga menutupi liang roma yang jelas kelihatan.

Cara penggunaannya:
Gunakan berus muka [face brush] khas atau span lembut dan ratakan bedak tersebut diwajah anda.

3) Mousse Foundation
Asas make-up seperti ini penting untuk anda. Ia mudah dilicinkan pada kulit anda tetapi sifatnya juga cepat mengering. Secara teorinya, asas make-up Mousse adalah lebih ringan dari asas make-up yang biasa mampu memberikan liputan yang sederhana. Ia juga boleh digunakan untuk touch-up sepanjang hari. Secara generalnya ia mempunyai ciri-ciri kemasan Matte.

Cara penggunaannya:
Gunakan span yang menyerap sama ada kering mahupun basah. Mulakan dari tengah wajah menuju ke bahagian tepi muka.

4) Sticks Foundation
Asas make-up jenis Stick agak sukar untuk digunakan terutama kepada sesiapa yang tidak biasa menggunakannya. Tetapi, bila anda sudah biasa menggunakan asas make-up jenis ini, anda akan mendapati mudah untuk mengenakannya.

Diciptakan dalam formulasi krim yang amat bagus jika anda mahukan kemasan yang tebal dan tahan lama. Ini kerna asas make-up dari jenis ini memberikan sentuhan/kemasan paling maksima.

Cara penggunaannya:
Terus dari silindernya kepada wajah anda [dagu, hidung, dahi, pipi] dan ratakan dengan jari atau span kering.

5) Tinted Foundation
Bedak asas jenis ini merupakan losyen ringan yang dapat memberikan healthy glow pada serata kulit wajah. Secara amnya ia sesuai untuk solekan yang lebih natural. Ia mampu melembabkan kulit tetapi tidak dapat menutup kesan cela atau parut diwajah. Bedak asas jenis ini amat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit muka bersih tanpa masalah.

Cara penggunaannya:
Mulakan sapuan dari tengah muka dan ratakan ke b ahagian luar. Jika terdapat kesan minyak, tutupkan dengan sapuan bedak [loose powder].

6) Mist Foundation
Bagusnya dengan asas make-up daripada jenis Mist kerana pembayang mata [Eyeshadow] dan juga pemerah pipi [Blusher] akan bertahan lebih lama. Jadi anda tidak perlu risau untuk touch-up.

Cara penggunaannya:
Sebaiknya gunakan hairband untuk mengelakkan rambut anda daripada terkena semburan. Tutupkan mata anda, letakkan bekas dalam jarak 30cm dari muka anda dan semburkan dengan cara bulatan atau dengan cara menggerakkannya ke belakang dan ke depan. Setiap beberapa semburan, buka mata anda untuk memeriksa ketebalan semburan supaya anda boleh mendapatkan kemasan yang anda inginkan.

1 comment:

Anonymous said...

thanks very much...penerangan awak banyak membantu saya yang masih baru dalam make up...boleh tak awak tunjukkan cara asas make up yang betul....